Penyebar Misteri Dunia Maya





Budaya Akhir Zaman, Ramainya Gadis Yang Cetek Akal

Kalau nak tunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada buah hati, banyak lagi cara boleh dipilih selain daripada mencium ketiak teman lelaki kononnya menjamin perjalanan manis menuju ke syurga.

Isu yang sedang trending di Indonesia, ramai gadis yang cetek akal sanggup mencium ketiak teman lelakinya semata-mata ingin membuktikan cinta sejati tanpa sempadan dan tergamak melakukan apa sahaja untuk kekal bersama selamanya.
Budaya Akhir Zaman, Ramainya Gadis Yang Cetek Akal
Remaja di republik terbesar rantau Asia tenggara tersebut gigih melakukan adegan tersebut dan mereka dilihat seperti berebut untuk melakukannya demi mencapai ‘relationship goal‘ yang diidamkan.

Trend ini adalah kesinambungan daripada kegilaan sebelum ini iaitu bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing. Tidak dinafikan, banyak yang mereka lakukan demi beberapa likes di media sosial tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi beberapa tahun akan datang.

Bayangkan jika mereka putus cinta dan berkahwin dengan orang lain, apa akan terjadi jika gambar-gambar tersebut muncul kembali untuk menghantui mereka? Dan mungkin menjadi tatapan anak mereka?

Masa bercinta, bau ketiak pun wangi. Tunggu nanti apabila sudah kahwin, agak-agak berselera lagi tak nak tadah muka dekat situ?


Labels: ,



comment closed

Copyright © MISTERI ON9.