Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, bayi yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan oleh lelaki berkenaan ketika dia memandikan anaknya di dalam bilik air rumahnya, pada jam 3.34 petang.
Penduduk (lelaki) berkenaan terkejut apabila mengamati objek yang menjadi rebutan dua ekor biawak itu adalah tangan manusia. Lelaki itu terus bertindak mendekati dan mengusir biawak berkenaan daripada memakan objek tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, lelaki itu yang pergi melihat bayi berkenaan dengan lebih dekat, mendapati objek itu adalah tubuh bayi yang tidak sempurna. Lelaki itu kemudian meminta bantuan orang kampung untuk mengutip sisa tubuh yang ada dan segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Tempat penemuan mayat bayi ini telah dilawati dan didapati kawasan itu adalah kawasan rumah atas air, yang dipenuhi sampah sarap. Mayat bayi ditemui ketika air laut sedang surut," katanya.
Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Manakala lain pula yang berlaku kepada seorang bayi lain ini. Seorang ibu terpaksa menjalani detik-detik cemas apabila bayinya digigit dan dicengkam oleh seekor biawak besar. Kejadian ini berlaku di Kampung Tekek, Pulau Tioman Pahang.
Menurut ibunya pada kira-kira jam 10.30 pagi, bayi perempuannya seberat 9 kilogram diletakkan di atas lantai dapur. Ibunya kemudian meninggalkan bayi itu untuk mengambil sesuatu sebelum terdengar bunyi bising dari bahagian dapur.
Ia diikuti suara bayi menangis dengan kuat. Sebaik ke dapur, dia mendapati seekor biawak besar sedang menggigit dan mencengkam bayi itu dengan kukunya dan menarik bayi itu keluar dari dapur untuk dibawa ke dalam semak.
Bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum dirujuk ke Hospital Mersing, Johor. Keadaannya dilaporkan stabil.
Labels: SEMASA ON9
comment closed