Penyebar Misteri Dunia Maya





Pelajar Terkejut Guru Sains Tangga1kan Baju Secara Tiba-Tiba

Cara pembelajaran yang biasa bagi sesetengah mata pelajaran mungkin agak membosankan, sekiranya guru hanya bercakap berdasarkan apa yang ditulis di dalam buku, mahupun gaya penyampaian yang mendatar. Namun tidak bagi seorang guru ini.

Debby Heerkens, seorang guru sains di Groene Hart Rijnwoude mempunyai cara tersendiri dan menarik untuk membolehkan para pelajarnya mengingati struktur badan manusia.

Pada mulanya, para pelajarnya terkejut kerana menyangka Debby mahu berbogel ketika dia mengambil tempat berdiri di atas meja dan menanggalkan bajunya. Rupa-rupanya dia memakai sut getah yang tercetak bahagian otot dan rangka manusia.
Idea pembelajaran itu diperolehi Debby selepas melihat seorang wanita memakai legging dan segera memaklumkannya kepada guru besar untuk kebenaran.

Video pembelajaran Debby yang dikongsi di laman sosial mendapat perkongsian lebih 100,000 pelayar dan rata-rata memuji ideanya yang menarik itu. Lihat video di bawah ini :



Labels: ,



comment closed

Copyright © MISTERI ON9.