Penyebar Misteri Dunia Maya





KISAH BENAR!!! Gangguan Saka Mak Minah Gemparkan Penduduk Kampung

Saka adalah makhluk ghaib yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut ia juga dikenali sebagai jin, syaitan, khadam atau berbagai nama mengikut tempat atau keadaan seseorang .

Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu atau mengamalkan sesuatu yang membabitkan makhluk tersebut dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Pada kebiasaannya perjanjian dimenterai antara pemakai dengan makluk tersebut. Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, bungkus dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin. Saksikan kisah benar yang di main kan semula melalui video dibawah ini.



Labels:



comment closed

Copyright © MISTERI ON9.