Menurut satu kajian, dipercayai teman lelaki kepada si gadis ini adalah orang yang paling bertanggungjawab atas penyebaran gambar bogel kekasih mereka sendiri. Ada yang sengaja meminta gambar bogel dari kekasih sendiri untuk jadi tatapan. Namun, apabila sudah putus cinta pihak lelaki akan mengugut untuk siarkan gambar peribadi mereka di internet dan laman sosial.
Sama Seperti Kejadian Ini :
Banyak persoalan yang timbul mengenai kes lari ini. Siapa yang sediakan dokumen palsunya?? Siapa yang menajanya semasa tinggal di Indonesia secara haram??
Apakah Hilmi yang lari atau dipaksa lari atau dilarikan. Pastinya semua ini akan terbongkar tak lama lagi. Polis hari ini mempersoalkan tindakan Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong, yang telah melarikan diri ke luar negara sehingga ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.
"Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia patut takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria.
Beliau berkata keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Wong.
Sebuah portal Indonesia sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai 'Azmin Helmi', yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan Imigresen Indonesia kerana memiliki dokumen palsu.
Hilmi dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan memiliki kad pengenalan serta kad keluarga Indonesia palsu. Kepada kaum wanita, anda dinasihatkan supaya tidak memberikan gambar seksi atau peribadi anda mahupun kepada teman lelaki anda sendiri kerana banyak keburukannya daripada kebaikannya.
Labels: PERKARA ANEH, SEMASA ON9
comment closed