Wanita itu menghampiri cermin kereta sambil mengetuk cermin terbabit menyebabkan pemandu di dalam kenderaan itu menjerit ketakutan.
Dengan memakai pakaian berwarna putih dan berambut panjang, dia berjalan di tengah jalan pada waktu malam dan mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Dia hanya sedar apabila seseorang menyemburkan air ke mukanya.
Menurut pihak berkuasa wanita itu mungkin mengalami sakit mental atau mengambil dadah. Dalam pada itu, pegawai jabatan kesihatan memaklumkan dia wanita itu mungkin mengambil dadah Krokodil iaitu dadah yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Identiti wanita itu tidak dikenali namun penduduk memanggilnya Sofia. Dia kini ditempatkan di bawah jagaan pihak berkuasa dan perlu menjalani pemeriksaan sakit jiwa.
Labels: PERKARA ANEH
comment closed