Penyebar Misteri Dunia Maya





Inilah Laporan Polis Yang Telah Menewaskan 'KING of REPORT' Rani Kulup

Siapa sangka sebelum kemunculan Abdul Rani Kulup ataupun lebih dikenali sebagai 'KING of REPORT MALAYSIA', telah ada seseorang yang lebih berani tampil untuk membuat laporan polis mengenai isu laman sosial.

Kejadian yang berlaku sekitar tahun 2011 ini telah mengemparkan dunia maya dengan munculnya satu kertas laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu yang tidak dikenali. Kejadian laporan itu dikatakan telah dibuat di sebuah balai polis Klang, Selangor. Jom sama-sama kita lihat sendiri laporan tersebut.
"PADA 12/05/2011, Lebih kurang 1610 HRS, Semasa saya berada di (seperti yang tertera alamat di atas) saya terima beberapa mesej dari penama Mohd Hisam Mat Zain di laman web facebook yang mengugut saya mengatakan, Aku jumpa hang aku cubit perut hang dan menyuruh saya melaporkan pada pihak polis. Tujuan saya buat report adalah kerana saya bimbang akan keselamatan saya dan untuk perlindungan diri saya. SEKIAN REPORT SAYA."

Aduhaiii, macam ni punya report pun ada juga ke? Kawan kau cuma bergurau saja, yang kau serius tak tentu pasal apa hal, adoiiiii. Macam-macam perangai manusia zaman sekarang ni ye. Hmmm, nasib kau la encik polis kena melayan perangai manusia yang macam tu.



Labels:



comment closed

Copyright © MISTERI ON9.