Dikatakan lagu ini berhantu di mana ada seorang perempuan yang sedang menyanyi di dalam bilik air ketika mandi,dan ada yang ikut nyanyi bersamanya sedangkan ketika itu hanya dia seorang sahaja di dlm bilik air tue.
Seorang wanita diganggu ketika menyanyi lagu ini di dalam bilik air juga. Apabila dia mula menyanyi "cindailah mana" tiba-tiba ada suara perempuan sambung "cindai d sini"..kemudian hantu itu mengilai.
Lagu Menanti kekasih - Alda
Ini merupakan lagu terakhir penyanyi Alda dari Indonesia yg famous dgn lagu "Aku tak biasa". Lirik lagu yang menakutkan dan gelak seram di akhir lagu ni pasti membuatkan bulu roma anda meremang. Pelbagai spekulasi dibuat mengenai lagu ini contohnya selepas 3 hari lagu ini dibuat, polis menemui mayat Alda mati dalam sebuah hotel.
Tetapi yang pasti punca kematiannya kerana overdose dan ada kaitan dengan teman lelakinya. Namun,selepas forensik check mayatnya, didapati Alda telah mati 7 hari yg lepas. Maka, siapa yang record lagu tu? Khabarnya, lagu tersebut secara tiba-tiba sahaja sudah siap direkod dan pengurus Alda sendiri tidak tahu dari mana datangnya lagu ini.
Ada pula yg mengatakan kononnya ketika lagu ini dirakam, Alda dalam keadaan yang sedih dan kecewa keran kecurangan teman lelakinya. Oleh kerana itu, walaupun lirik lagu sebenarnya lain,tetapi Alda telah menyanyikan lirik lagu ini. Kesahihan sebenar cerita ini tidak diketahui.
Lagu Ulik Mayang
- Pelajar dirasuk ketika membuat latihan persembahan ulik mayang sehingga dia tidak berhenti menari.
- Seorang wanita diganggu ketika sedang ikut menyanyi lagu ulik mayang di radio pada waktu malam, dan tanpa disedari lagu itu tidak berhenti walaupun dah hampir setengah jam. Ketika dia sedar keadaan itu, suara nyanyian tersebut sagat halus dan lembut dan bukannya lagi suara penyanyi Ella.
- Seorang wanita diganggu dengan lagu ulik mayang setiap kali balik bekerja pada waktu malam dan melalui laut.
- Kisah ulik mayang ini bermula dgn kisah seorang nelayan yg menangkap ikan di tgh laut. Tiba-tiba datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut lalu dia diselamtkan oleh beberapa org puteri laut(jin laut) dan mereka telah jatuh cinta dengan nelayan ini. Namun oleh keran berbeza dunia, mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai.
Nelayan tersebut tidak sedarkan diri kerana puteri2 itu enggan melepaskannya lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa. Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat2 yg lain untuk membantu sehinggalah datang Puteri Sulung (adik-beradik dengan puteri laut tadi), dan menyuruh adik-adiknya balik ke tempat asal.
Sebagai penghargaan,maka puteri2 itu dijamu dengan pulut kuning dalam upacara semah (memberi makn jin laut). Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.
- Setelah kedatangan Islam, acara khurafat ini telah ditinggalkan. Namun masih ada segelintir masyarakat yang tidak berpegang dengan ajaran Islam dan masih mengamalkan upacara Ulik Mayang ini terutama bagi golongan nelayan, kononnya untuk meminta bantuan jin laut melindungi mereka semasa mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.
Lagu Reverse - Karl Meier
Dilarang keras mendengar lagu ini selama 2 jam berturut-turut keran boleh terkena gangguan mental dan jiwa. Lagu ini digunakan utk mempengaruhi mental seorang tahanan yang tidak mahu membuka mulut ketika disoal dan setelah diputarkan lagu ini dengan volume yang tinggi selama seharian, tahanan tersebut mengalami depresi dan memberitahu semua maklumat yg pada awalnya tidak mahu diceritakan.
Labels: PERKARA ANEH









comment closed