Antara kejadian-kejadian yang memalukan para artis salah satunya adalah jatuh di atas pentas semasa membuat persembahan. Banyak dikalangan artis yang sudah mengalami kejadian ini seperti Jaclyn victor, Lady Gaga dan ramai lagi.
Baru-baru ini kecoh apabila satu video yang menunjukkan Amy Search yang terjatuh dari pentas ketika melakukan persembahan di sebuah konsert telah tersebar luas di media sosial.
Selepas video tersebut disebar, ramai yang menanya keadaan dirinya. Oleh itu, dia telah memuat naik video tersebut di instagram beserta caption “Bapak pengantin jatuh di mlm pengantin” dan menjelaskan keadaan kesihatannya.
Beliau menceritakan ketika kejadian tersebut berlaku dia tengah mempersembahkan lagu ‘Aku Dah Bosan’ dan tanpa dia sedar dia sudah berada di hujung pentas dan terjatuh. Beliau hanya mengalami luka di ibu jari dan terseliuh di bahu.
Malah ada juga golongan artis wanita yang mengalami nasib yang sama seperti Jaclyn victor dan ramai lagi. Pada video dibawah ini memaparkan insiden-insiden kejadian para artis yang terjatuh semasa membuat persembahan mereka, saksikan!!!
Labels: PERKARA ANEH









comment closed